Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
14.01.2019 Lawatan Yang Behormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke JPK

Isnin, 8 Jamadilawal 1440 | 14 Januari 2019 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti Bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini melancarkan Sistem Pengurusan Percetakan dan Perkhidmatan Pemasangan Hologram dan seterusnya meninjau dengan lebih dekat lagi perkembangan Jabatan Percetakan Kerajaan selaku agensi utama bagi mencetak dokumen-dokumen Kerajaan.

Kehadiran Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Jabatan Percetakan Kerajaan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Haji Kamarul Azam bin Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Percetakan.


Seterusnya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dialu-alukan ke Bilik Syura bagi mendengar taklimat ringkas .engenai peranan dan fungsi Jabatan Percetakan Kerajaan dan seterusnya sesi perbincangan. 

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya dibawa menyaksikan secara dekat Bahagian-bahagian yang ada di Jabatan Percetakan Kerajaan termasuk proses-proses yang terlibat dalam percetakan. 


Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Sistem Pengurusan Percetakan, iaitu sistem pangkalan data yang digunakan bagi pengurusan, pemantauan dan perancangan tempahan-tempahan percetakan, produk-produk jualan, kutipan hasil, inventori bahan-bahan percetakan dan pemeliharaan mesin-mesin. Turut dilancarkan ialah Perkhidmatan Pemasangan Hologram, iaitu satu perkhidmatan percetakan sekuriti yang sukar ditiru bagi mengelakkan pemalsuan dokumen.



Turut hadir ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, serta Pegawai-pegawai Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Dengan adanya lawatan seumpama ini, ianya dihasratkan dapat memberi peluang kepada pegawai-pegawai Jabatan Percetakan Kerajaan untuk berinteraksi serta bertukar-tukar fikiran dengan Yang Berhormat Menteri khususnya mengenai perkhidmatan Jabatan Percetakan Kerajaan dan pembangunan serta kesejahteraan kakitangannya.




Attachments