Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
10.02.2019 Explorasi Niah

10hb Februari 2019. Seramai 23 warga kerja JPK telah mengikuti rombongan explorasi ke Gua Niah (Niah National Park), Sarawak yang dikelolakan oleh Divisyen Komersial, Jabatan Percetakan Kerajaan pada hari Ahad, 10hb Februari 2019.

 

Adapun tujuan exsplorasi ini adalah sebagai satu aktiviti riadah untuk merehatkan minda dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja JPK disamping mengamalkan cara hidup sihat.

Seawal jam 5.00 pagi lagi, rombongan tersebut telah berkumpul di kawasan letak kereta dan memasukkan barang-barang keperluan yang hendak di bawa ke dalam bas.  Rombongan berkenaan menunaikan Solat Fardhu Subuh berjemaah di Balai Muthma'innah, JPK.

Sebelum memulakan perjalanan, Doa Musafir telah dibacakan oleh Muhamad Faizal Bin Haji Saban, Penolong Pengarah Percetakan, Ketua Divisyen Komersial. Pada kira-kira jam 5.40 pagi bas mula bertolak meninggalkan JPK menuju ke Niah National Park, Sarawak. Kesemua ahli rombongan diberikan sarapan pagi di dalam bas ketika dalam perjalanan.

 

Rombongan sampai ke Niah National Park, Sarawak kira-kira jam 10.00 pagi. Setelah pengurusan tiket masuk dan chalet siap diuruskan serta ahli-ahli rombongan "recharge" setelah kepenatan duduk lama ketika dalam perjalanan di dalam bas, rombongan ini memulakan explorasi pada kira-kira jam 10.30 pagi. Eksplorasi bermula dengan dengan menaiki perahu untuk menyeberangi sungai yang dipenghuni buaya.

Sepanjang perjalanan menuju ke Puncak Gua Niah yang terletak kira-kira 3.1 km dari tempat mula eksplorasi, warga JPK dapat melihat keindahan ciptaan Allah dan pemandangan yang menakjubkan seperti dinding-dinding bukit yang tersergam tinggi, batu-batu yang seakan disusun rapi, pokok-pokok besar dan anak-anak sungai yang cantik.


Setelah kira-kira satu jam perjalanan, rombongan sampai ke Traders Cave atau Gua Dagang.  Keadaan dan pemandangan Gua ini sangat cantik dengan struktur-struktur semulajadinya yang tidak diperolehi di tempat-tempat lain. Rombongan tidak melepaskan peluang bergambar untuk mengabadikan kenangan lawatan.

Rombongan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Great Cave yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari Traders Cave. Pintu Gua ini adalah lebih besar daripada Gua Dagang. Disini, rombongan JPK  berpeluang melihat burung walit atau burung layang-layang yang bersarang tinggi di siling gua.

Setelah itu, exsplorasi rombongan diteruskan lagi ke Bukit Tarayeng dengan menaiki anak-anak tangga yang tinggi dalam suasana yang gelap dan licin. Di sini, mereka  berpeluang menyaksikan suluhan cahaya yang kuat dan cantik yang menyinar masuk ke dalam gua dari celah lubang siling gua itu sendiri.

 


Setelah menghabiskan masa kira-kira satu jam lebih di dalam gua, kesemua rombongan JPK berjalan lebih 3 km lagi untuk balik ke tempat mula eksplorasi. Mereka sampai ke chalet kira-kira jam 1.30 petang  untuk mandi, bersalin pakaian dan rehat makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan seterusnya iaitu membeli belah di Bintang MegaMall, Miri. Sebelum ke Bintang MegaMall, rombongan singgah ke Masjid Al-Jabbar, Niah untuk menunaikan sembahyang fardhu Zohor dan Asar secara Jamak dan Qasr. Rombongan bertolak meninggalkan Miri kira-kira jam 7.45 malam.

Alhamdulillah, rombongan exsplorasi selamat sampai ke Jabatan Percetakan Kerajaan kira-kira jam 10.00 malam.


>>Galleri


Attachments