Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
08.04.2019 LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS


Bilik Silaturrahim, 8hb April 2019 – Seperti lazimnya, JPK kini mengadakan Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja JPK 2019 yang bermula pada hari Isnin, 8hb April dan akan berakhir pada 13hb April ini.


Sebagai pembukaan, taklimat dan latihan Pertolongan Cemas telah diberikan kepada kira-kira 35 orang kakitangan yang disampaikan oleh Awg Mohammed Hairol Bin Abdulkhan, Ketua Unit Reka Grafik dengan dibantu oleh beberapa First Aiders JPK. Bagi menyerikan lagi Minggu Kesedaran Keselamatan ini, satu Pertandingan Membalut Luka Inn shaa Allah akan diadakan pada Rabu, 10 April 2019 nanti.


Adapun tujuan mengadakan latihan ini adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada kakitangan JPK tentang tatacara pertolongan cemas, khususnya kaedah-kaedah membalut luka jika terjadinya kemalangan.


Attachments