Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
26.06.2019 Print How Conference 2019

SINGAPURA, 26 - 27 Jun 2019 – Seramai tiga orang pegawai JPK telah menerima undangan untuk menghadiri seminar Print How Conference 2019 di Singapura pada 26 hingga 27 Jun 2019 yang lalu. Seminar yang dianjurkan oleh Canon ini adalah merupakan persidangan yang membincangkan tren percetakan dan perkembangan terkini dalam teknologi industri percetakan digital. Pegawai-pegawai yang telah menghadiri seminar tersebut ialah Kamarul Azam Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Percetakan; Muhammad Nazreen Bin Haji Amin, Pereka Tingkat I; dan Mohammed Hairol Bin Abdulkhan, Pereka Tingkat II.


Antara perisian kandungan seminar termasuklah taklimat mengenai Digital Transformation with Book-on-Demand Business, Individualization in Print Production dan Complement Offset with Digital Printing. Selain itu, peserta-peserta seminar juga di bawa melawat ke Toppan Forms Singapore dan Canon Production Printing Excelllence Centre.



Bila ditanya mengenai hasil yang diperolehi dari seminar tersebut, Awang Kamarul Azam menerangkan bahawa tren percetakan di benua Asia adalah lebih kurang sama dengan tren percetakan di Negara Brunei Darussalam dimana industri percetakan komersial masih relevan. Bagaimanapun, jumlah cetakan yang dihasilkan semakin berkurangan disebabkan perkembangan ICT dan aplikasi telefon bimbit. Industri percetakan perlu berubah mengikut perkembangan semasa di mana pelaburan dalam mesin-mesin pencetak digital adalah jawapan kepada cabaran tersebut.

Awang Nazreen pula mengongsikan bahawa mesin pencetak digital dapat memenuhi Print-On-Demand dan customization, selaras dengan kehendak Industrial Revolution 4.0. Mesin pencetak digital juga berkeupayaan menghasilkan cetakan berskala besar dengan cepat dan menghasilkan kualiti yang setanding dengan kualiti cetakan offset.

Adalah diharapkan agar ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh program akan dapat dimanfaatkan untuk perancangan JPK dimasa akan datang.

 


Attachments