Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
20.11.2019 JPK Pelajari Kaedah-Kaedah Percetakan Keselamatan

BILIK SILATURRAHIM, BAY 1 -  Seramai 17 pegawai JPK yang terdiri dari Ketua-Ketua Divisyen dan Bahagian telah mengikuti kursus Percetakan Keselamatan selama 2 hari bermula pada 20 hingga 21 November 2019. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Abdul Kader Tamam, mantan pegawai dari Percetakan Keselamatan Nasional Sendiri Berhad, Malaysia.

Antara tajuk-tajuk yang disampaikan dalam kursus berkenaan termasuklah tatacara Kawalan Keselamatan, Kertas Keselamatan, Dakwat Keselamatan dan Rekabentuk Keselamatan. Pelbagai jenis contoh kertas-kertas keselamatan dan dakwat keselamatan yang mempunyai ciri-ciri yang sukar untuk di tiru telah di tunjukkan sepanjang tempoh kursus di adakan.

Menurut Awang Muhammad Zulhilmi bin Haji Amir Hamzah, Ketua Divisyen Produksi Percetakan, kursus berkenaan adalah sangat berguna kerana ianya telah memberikan perspektif baru dan langkah pertama kearah masa depan JPK dalam industri Percetakan Keselamatan. Menurutnya lagi, mereka juga telah memperolehi ilmu yang bermanfaat tentang tatacara pengurusan dan meningkatkan kebolehan diri sendiri serta Jabatan melalui pengalaman-pengalaman berharga yang dikongsikan oleh penceramah.  Beliau  berharap untuk mempelajari lebih lanjut tentang percetakan sekuriti dan membuat lawatan kerja ke agensi-agensi yang berkenaan bagi memperbaiki proses kerja dalaman JPK di mana bersesuaian.



Attachments