Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
04.12.2019 Lawatan Kerja Ke Nasyrul Al-Quran

PUTRAJAYA, 4 DISEMBER 2019 – Pemangku Pengarah Percetakan bersama dua pegawai JPK hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke kilang percetakan Al-Quran, Nasyrul Quran, di Putrajaya. Hadir bagi menerima kunjungan tersebut ialah Abdul Manaf, Pengurus Besar Nasyrul Al-Quran. 



Rombongan JPK bersama Abdul Manaf, General Manager Nasyrul Al-Quran


Pemangku Pengarah kemudiannya berpeluang membuat perjumpaan dengan Datuk Abdul Latiff Mirasa, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, agensi NGO yang mengendalikan operasi kilang percetakan tersebut.



Perjumpaan dengan Datuk Abdul Latiff Mirasa, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu


Lawatan tersebut dibuat bertujuan untuk menimba ilmu bagi menambah baik operasi percetakan Al-Quran di JPK. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk  meneroka bidang-bidang kerjasama yang dapat dibuat antara JPK dengan Nasyrul Al-Quran.

Antara tempat yang dilawati ialah pusat percetakan, Galeri Mushaf Malaysia, Galeri Mushaf Antarabangsa dan Galeri Hiasan Dalaman.




Kompleks Nasyrul Quran adalah merupakan kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia. Projek yang menelan belanja kira-kira RM60 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas dua hektar membabitkan pembinaan bangunan, mesin cetak dan mesin jilid. Di dalamnya, terdapat berbagai jenis khat bermotif yang diukir dan dilukis dengan tangan sendiri. Juga tersedia ialah berbagai produk lainnya seperti interior dan cendera mata yang bermotifkan Al_Quran.  Para pengunjung boleh melawat dan mendapatkan pelbagai produk Al-Quran, surah Yasin dan buku-buku doa. Kompleks Nasyrul Quran berfungsi bukan hanya sebagai pusat percetakan, bahkan juga sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan, penerbitan dan pengagihan Al-Quran.




Attachments