Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
04.12.2019 Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd. Terima Kunjungan JPK

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2019 – Satu rombongan dari JPK yang terdiri dari Kamarul Azam, Pemangku Pengarah Percetakan, Awg Mohammed Hairol Bin Abdulkhan, Ketua Bahagian Reka Grafik dan Pg Yusaffry Bin Pg Kamaluddin, Ketua Bahagian Pos Cetak telah membuat lawatan kerja ke Percetakan Keselamatan Nasional (PKN) Sendirian Berhad.

Lawatan dibuat bertujuan untuk mengetahui serba sedikit tentang kejayaan syarikat berkenaan dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses-proses yang terlibat dalam percetakan sekuriti, khususnya mengenai percetakan kertas peperiksaan dan pasport.



Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi suai kenal antara kedua belah pihak, taklimat dan soal jawab mengenai PKN dan perbincangan tentang potensi kerjasama antara dua hala.  Pihak PKN kemudiannya berkesudian membawa rombongan JPK melawat ruang-ruang percetakan.

PKN adalah pencetak keselamatan terbesar di Malaysia. Ianya menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk dokumen perjalanan, lesen, dan lain-lain dokumen keselamatan dan rahsia untuk pasaran tempatan dan luar negara. PKN adalah anak syarikat Fima Corporation Berhad ("FimaCorp"), yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

PKN mempunyai lebih daripada dua puluh mesin cetak yang mempunyai rangkaian teknologi percetakan yang paling menyeluruh terutamanya letterpress, offset, flexography, skrin dan intaglio.




Attachments