Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatar Belakang

Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK) yang asalnya di gelar Pejabat Penchetak Kerajaan, mula ditubuhkan pada tahun 1974. Jabatan ini di tempatkan di bangunan asal Terminal Lapangan Terbang Lama, Berakas. Dalam tahun 1984, Jabatan Percetakan Kerajaan di letakkan di bawah Kementerian Undang-Undang dan kemudiannya dipindah di bawah Jabatan Perdana Menteri sejak 1998.


Terminal Lapangan Terbang Lama, Berakas

Pada peringkat awal penubuhan JPK, seorang pegawai dari United Kingdom iaitu Mr. Samuel Marinus Buse telah dilantik secara berkontrak sebagai Penchetak Kerajaan (kini digelar Pengarah Percetakan) bagi menguruskan penubuhan dan operasi Pejabat Penchetak Kerajaan.  Tenaga kerja diambil dari mereka yang berpengalaman dalam pengendalian mesin cetak, penghasilan grafik dan penjilidan yang terdiri dari kakitangan syarikat-syarikat percetakan swasta. Dalam tahun 1976, seorang anak tempatan yang berkelulusan dalam bidang pengurusan percetakan dari London College of Printing dilantik sebagai Penolong Ketua Jabatan.

 

Tujuan asal penubuhan JPK ialah untuk mencetak dokumen-dokumen perundangan Kerajaan (seperti Warta Kerajaan dan Laws of Brunei), mencetak akhbar rasmi Kerajaan iaitu Pelita Brunei dan juga mencetak dokumen-dokumen pentadbiran harian Kerajaan seperti borang, resit dan letterhead.

 

Kini, selain dari dapat menghasilkan produk-produk percetakan seperti buku (termasuk hard cover), kotak, sampul surat dan kantong, JPK juga memberikan perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah percetakan seperti embossing and debossing, foil stamping, coating (varnishes / UV coating), laminating dan menyedur tepi buku menggunakan foil keemasan (gold edging). Selain itu, JPK juga kini mampu mencetak dokumen-dokumen yang mempunyai ciri-ciri sekuriti tertentu dengan menggunakan security ink dan numbering.


Bangunan Jabatan Percetakan Kerajaan pada masa ini.