Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan

​​​​​

 

Percetakan bagi Istiadat-Istiadat Diraja dan Majlis-Majlis Kenegaraan seperti Percetakan Atucara, Buku Program, Buku Terbitan Khas, Kad Jemputan, Kad Letak Kereta, Kad Masuk, Kupon dan Sampul Surat.



Mencetak akhbar rasmi Kerajaan sebanyak tiga kali seminggu iaitu bagi keluaran setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu.



Percetakan dokumen-dokumen yang digunakan bagi operasi harian agensi-agensi Kerajaan seperti Borang, Buku Harian, Fail, Folder, Risalah, Kepala Surat (Letterhead) Resit dan Sampul Surat.



Percetakan dokumen-dokumen yang diterbitkan secara berkala seperti Biku-Buku, Laporan-Laporan Tahunan, Majalah, Journal, Diari, Sijil, Prospektus, Peta, Kalendar, Risalah, Leaflet, Phamplet, Brochure, Kupon, Lembaran Kenangan, Sticker dan Pemasangan Kulit Buku.



Menerbitkan dan mencetak buku-buku Keagamaan untuk tempahan dan jualan kepada orang ramai seperti buku Surah Yasin dan Doa-Doa Pilihan, Dikir Syarafil Anam, Dikir Daba’ie, Majmu’ Syarif, Mushaf Brunei Darussalam & Terjemahannya , Ratib Al-Attas dan takhtim.



Percetakan buku-buku perundangan seperti Warta Kerajaan, Undang-Undang Negara Brunei Darussalam, Laporan Undang-Undang Brunei Darussalam, Surat-Surat Perjanjian, Surat-Surat Lantikan, Warta Kerajaan Pt. I, Warta Kerajaan Pt. II, Warta Kerajaan Pt. IV.



Mengendalikan beberapa jenis percetakan yang diklasifikasikan sebagai Rahsia, Sulit dan Terhad atau percetakan dokumen-dokumen yang memerlukan ciri-ciri keselamatan yang khusus seperti Surat Beranak dan Kertas Peperiksaan.