Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSyarat Tempahan


SYARAT-SYARAT TEMPAHAN PRODUK-PRODUK JUALAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN



1. Pelanggan hendaklah mengisikan Borang Tempahan Produk-Produk Jualan Jabatan Percetakan Kerajaan.
 
2. Bagi tempahan yang memerlukan percetakan keterangan-keterangan tertentu (seperti nama dan tarikh) untuk dimasukkan ke dalam kitab/buku yang ditempah, jumlah minima tempahan ialah sebanyak 100 naskah. Percetakan keterangan bagi tempahan yang kurang dari jumlah minima tersebut hanya akan dibuat pada kertas pelekat (sticker) sahaja. 

3. Pelanggan hendaklah menyemak keterangan-keterangan yang hendak dicetak dan memberikan pengesahan mengenainya tidak lewat dua minggu dari kitab tersebut diperlukan.

4. Proses percetakan hanya akan dibuat setelah mendapat tandatangan pengesahan Proceed to Print dari Pelanggan.

5. Harga jualan adalah bagi isi kandungan dan kulit-kulit buku yang sedia ada di JPK. Sebarang perubahan atau tambahan terhadap isi kandungan / kulit buku akan dikenakan bayaran tambahan.

6. Bayaran pendahuluan sebanyak 50% daripada jumlah harga tempahan hendaklah dijelaskan sebelum cetakan dimulakan. 

7. Produk yang telah siap dicetak hanya akan diserahkan kepada pelanggan setelah baki bayaran dijelaskan sepenuhnya.

8. JPK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan isi kandungan produk yang telah dicetak.



Sila muat turun Borang Tempahan di sini >> Muat Turun